comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita, bapa maut ditikam di George Town

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Seorang lelaki dipercayai membunuh wanita dan bapanya dengan menikam mereka selepas berlaku perselisihan faham berkaitan hubungan cinta di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku di hadapan lif tingkat bawah pangsapuri di Lengkok Angsana kira-kira jam 1.15 tengah hari.

Ketika kejadian, mangsa wanita berusia 30-an difahamkan baru pulang dari tempat kerja.

Bapa mangsa berusia 62 tahun turut berada di lokasi, dan suspek menikam kedua-dua mangsa sehingga mati di tempat kejadian.

Suspek berusia 32 tahun juga dipercayai cedera selepas mengelar dan menikam dirinya sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad difahamkan akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini