comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita bagi bantuan CPR kepada mangsa serangan jantung dipuji 

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita memberikan bantuan awal kepada seorang penunggang motosikal yang dipercayai diserang sakit jantung mendapat pujian warganet.

Satu video yang dikongsi pengguna Facebook Purushotaman S Palanisamy menunjukkan seorang wanita melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas seorang lelaki di tepi jalan.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada 5 September lalu berhampiran sebuah stesen minyak di Klang.

Menurut Purushotaman, lelaki itu mengalami serangan jantung ketika menunggang motosikalnya.

Video itu mendapat lebih 143,000 tontonan dan 1,700 reaksi daripada pengguna media sosial, dengan ramai yang memuji tindakan pantas yang diberikan oleh wanita itu.

Rata-rata netizen memuji mereka yang membantu lelaki itu kerana terdiri daripada pelbagai kaum, mencerminkan kesediaan rakyat Malaysia untuk membantu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.

Pengguna Facebook Ridzwan Ali Hami berkata video itu menunjukkan warna sebenar rakyat Malaysia dalam menangani krisis.

“Inilah rakyat Malaysia yang sebenarnya. Ini bukti perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Good job pakcik dan adik.”

Seorang lagi pengguna Facebook yang mengulas komen Ridzwan, Ashvin Cumar Karthigeyan berkata bantuan yang diberikan mereka itu menunjukkan semangat Malaysia yang sebenar.

Loading...
Terkini