comscore
Tumpuan :
Nasional

Wang dalam akaun TH didakwa lesap, dipindahkan dalam akaun bank milik pengadu sendiri

 

PETALING JAYA: Dakwaan seorang wanita kerugian lebih RM30,000 selepas wang dalam akaun TH miliknya disyaki dipindahkan ke akaun milik orang lain, adalah tidak benar.

Perkara itu dimaklumkan Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga Tabung Haji (TH) selepas siasatan mendapati transaksi pemindahan wang itu dimasukkan ke akaun bank miliknya sendiri.

“Merujuk kepada dakwaan transaksi tidak sah yang berlaku di Sarawak yang dilaporkan di media hari ini.

“Siasatan Lembaga Tabung Haji (TH) mendapati transaksi pemindahan wang adalah dari akaun Tabung Haji pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri,” jelas Tabung Haji dalam satu kenyataan ringka hari ini.

Sebelum ini, wanita berusia 60-an itu mendakwa hanya menyedari kehilangan wang dalam akaun TH miliknya pada November tahun lalu.

Dakwanya wang lebih RM30,000 dalam akaun TH miliknya disyaki dipindahkan ke akaun milik orang lain sejak tahun 2018.

Dia yang juga bekas pegawai kerajaan itu turut membuat laporan polis di Sarawak pada 1 Disember tahun lalu dan menuntut pihak Tabung Haji mengambil tindakan terhadap kes terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini