comscore
Tumpuan :
Nasional

Wan Saiful terima permohonan maaf pemilik akaun TikTok

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, menerima permohonan maaf pemilik akaun TikTok, Mohd Shukri Shamsudin berhubung tuduhan palsu yang dikenakan terhadapnya.

Datuk Wan Saiful berkata, permohonan maaf itu diterima selepas Mohd Shukri mengakui beliau membuat tuduhan palsu terhadapnya dalam satu video yang tersebar kepada orang ramai.

“Dalam video itu, Mohd Shukri memberi gambaran seolah-olah saya bersalah dan bersedia mengembalikan wang supaya pertuduhan kepada saya ditarik balik oleh pihak pendakwa.

“Ini bertentangan dengan keadaan sebenar apabila saya kekal dengan pendirian bahawa pendakwaan ke atas saya adalah pendakwaan terpilih bermotif politik. Ini adalah tindakan pertama saya, selepas ini saya beri amaran, jangan ada sesiapa lagi cuba memfitnah saya,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Datuk Wan Saiful berkata, beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang termasuk menuntut pampasan tunai yang sama jika ada sesiapa cuba mencemarkan nama baiknya.

“Bagaimanapun, apabila Mohd Shukri menyatakan beliau tidak mempunyai kemampuan kewangan, saya bersimpati dan bersetuju untuk tidak membuat tuntutan pampasan.

“Mohd Shukri ada menyatakan ucapan terima kasih kepada saya ketika dalam mahkamah tadi. Saya juga menasihatkan kepada semua di luar sana, supaya sama-sama berusaha mewujudkan satu budaya politik yang lebih bermaruah dan berakhlak,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini