Tumpuan :
Nasional

Wan Junaidi dilantik TYT Sarawak baharu 

KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang di-Pertua (TYT) Sarawak kelapan.

Beliau menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud, 88, yang mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ketujuh pada 1 Mac 2014.

Pada istiadat sama, Wan Junaidi turut dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.

Terdahulu, Wan Junaidi dilapor melepaskan jawatan sebagai Speaker Dewan Negara yang disandangnya sejak Jun tahun lalu, menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Tindakan itu mengundang spekulasi dengan ramai mengaitkan nama beliau sebagai calon TYT Sarawak yang baharu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini