Tumpuan :
Nasional

Wajib pakai pelitup muka untuk berurusan di Imigresen Kedah

Foto: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah/ Facebook

PETALING JAYA : Jabatan Imigresen Kedah mewajibkan semua individu memakai pelitup muka untuk berurusan di Kaunter atau Pejabat seluruh negeri itu sebagai langkah pencegahan ekoran kes jangkitan Covid-19 yang meningkat.

Arahan terbabit berkuatkuasa pada 14 Disember lalu.

“Pemakluman kepada semua pegawai dan pelanggan yang ingin berurusan di Kaunter atau Pejabat Imigresen . Sila memakai penutup muka ketika berurusan untuk mengelakkan kes covid 19 yang semakin meningkat, ” perkara itu dimaklumkan melalui kenyataan di Facebook Jabatan Imigresen Kedah.

Kenyataan itu turut  memaklumkan pemakaian pelitup muka juga diwajibkan untuk semua pegawai.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media di Putrajaya berkata bagi tempoh 10 hingga 16 Disember sebanyak 20,696 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan langkah pencegahan termasuk memakai pelitup muka di kawasan awam dan tertutup, mengelakkan kawasan sempit dan sesak serta mengambil vaksin COVID-19.

Loading...
Terkini