Tumpuan :
Nasional

Wajar cari jalan teruskan kerjasama PH-BN – PM

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

SEBERANG PERAI: Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan akan terus bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya kata kalau mana-mana menteri dan mana-mana kementerian nak buat projek melainkan isu keselamatan negara yang agak terlalu serius, yang lain semua tender.

“Rayulah bagaimanapun, datanglah daripada mana, saya tak peduli, tender ikut proses kemudian kita luluskan.

“Kalau ini dipersetujui, dasar dipersetujui, kita muafakat dalam jemaah menteri, saya fikir wajar kita cari jalan untuk teruskan kerjasama PH-BN terutamanya di semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada sesi Temu Anwar sempena Karnival Generasi Ada Idea (Gen-AI) di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini