KUALA LUMPUR: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani mengesahkan ‘Mr H’ yang mengarahnya merakam video adalah individu sama dipanggil polis.
Peguamnya, Faisal Rahman berkata, Abdul Wahab memberi keterangan kepada pihak polis bermula kira-kira jam 11 pagi sehingga 2.30 petang tadi untuk membantu siasatan kes rakaman video perbualan lucah.
“Pada hari ini kita (Wahab) mengesahkan individu (yang didakwa sebagai ‘Mr H’) yang dipanggil polis sebelum ini (adalah) orang yang sama.
“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Abdul Wahab cuma perlu tampil memberi pengesahan identiti Mr H,” katanya ketika ditemui, di sini.
Katanya, kesihatan anak guamnya itu juga masih tidak stabil dan bergantung kepada ubat.
“Sepatutnya Abdul Wahab dijangka membuat laporan polis berkenaan Mr H pada petang ini, namun ditunda kemungkinan esok berikutan keadaan kesihatannya.
“Abdul Wahab juga memaklumkan tidak bersedia untuk bertemu wartawan, namun kita memberi komitmen untuk menyelesaikan segera kes ini,” katanya.
Sebelum ini, Abdul Wahab dilaporkan mengalami kemurungan melampau dan menerima rawatan.
Pada 17 November lalu, Abdul Wahab dalam satu sidang media mendedahkan tindakannya merakam perbualan berunsur lucah bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff didalangi individu dikenali sebagai Mr H.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Wahab masih berada dalam negara, Bukit Aman tetap tarikh baharu rakam keterangan
- Gagal dihubungi, Wahab jalani rawatan akibat kemurungan
- [VIDEO] PDRM jamin keselamatan Wahab, gesa tampil bantu siasatan video tular
- Video tular dikaitkan Dr Agus disiasat polis
- Video saya berbual dengan Wahab disunting – Agus
- ‘Saya bukan Mr H’ – Hakim
- Video Agus-Wahab: Polis siasat identiti ‘Mr H’
- Agus, Wahab akan dipanggil semula beri keterangan
- Agus akan dirakam keterangan di Bukit Aman esok – KPN
- Agus dirakam keterangan petang ini – KPN
- [VIDEO] Mohammad Agus dedah identiti Mr H
- [VIDEO] Wahab gagal dikesan, telefon bimbit dimatikan – KPN
- Wahab jumpa polis hari ini