KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan menetapkan tarikh baharu bagi merakam keterangan Wahab atau nama penuhnya Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang terbabit dalam video perbualan lucah bersama bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata Abdul Wahab adalah saksi penting untuk membantu siasatan polis.
Katanya, pegawai J-KOM itu masih berada dalam negara dan pihaknya sudah berhubung melalui peguam lelaki itu bagi menetapkan tarikh bersesuaian.
“Kita (polis) sudah berhubung dengan Wahab melalui peguamnya, kita akan menetapkan satu tarikh lain bagi mengambil keterangan beliau,” katanya kepada BH, hari ini.
Semalam, peguam Abdul Wahab, Faizal Rahman dilaporkan berkata anak guamnya akan memberi keterangan kepada pihak polis dalam masa terdekat ini.
Faizal berkata, proses rakam keterangan ke atas Abdul Wahab pada awalnya dijadualkan berlangsung Sabtu lalu, namun ia ditangguh atas faktor kesihatan.
Difahamkan, Abdul Wahab mengalami kemurungan melampau dan sedang mendapatkan rawatan.
Tambah Farizal, kenyataan polis berhubung kegagalan mereka mengesan Wahab adalah salah faham dan pihaknya menjadualkan semula pertemuan dengan polis bagi memberi keterangan diperlukan.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Gagal dihubungi, Wahab jalani rawatan akibat kemurungan
- [VIDEO] PDRM jamin keselamatan Wahab, gesa tampil bantu siasatan video tular
- Video tular dikaitkan Dr Agus disiasat polis
- Video saya berbual dengan Wahab disunting – Agus
- ‘Saya bukan Mr H’ – Hakim
- Video Agus-Wahab: Polis siasat identiti ‘Mr H’
- Agus, Wahab akan dipanggil semula beri keterangan
- Agus akan dirakam keterangan di Bukit Aman esok – KPN
- Agus dirakam keterangan petang ini – KPN
- [VIDEO] Mohammad Agus dedah identiti Mr H
- [VIDEO] Wahab gagal dikesan, telefon bimbit dimatikan – KPN