KUALA LUMPUR: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani akan memberi keterangan kepada pihak polis, hari ini berhubung siasatan kes rakaman video perbualan lucah.
Menurut sumber, Abdul Wahab dijangka memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) pada jam 3 petang.
“Dia (Abdul Wahab) akan memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes rakaman video berkenaan,” katanya.
Sebelum ini, Abdul Wahab dilaporkan mengalami kemurungan melampau dan sedang menjalani rawatan, menyebabkan dia terpaksa menjadualkan semula pertemuannya dengan pihak polis.
Peguam Faisal Rahman dilaporkan berkata, anak guamnya akan memberi sepenuh komitmen kepada pihak polis.
Pada 17 November lalu, Abdul Wahab dalam sidang medianya mendedahkan tindakannya merakam perbualan berunsur lucah bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff didalangi individu dikenali sebagai Mr H.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Wahab masih berada dalam negara, Bukit Aman tetap tarikh baharu rakam keterangan
- Gagal dihubungi, Wahab jalani rawatan akibat kemurungan
- [VIDEO] PDRM jamin keselamatan Wahab, gesa tampil bantu siasatan video tular
- Video tular dikaitkan Dr Agus disiasat polis
- Video saya berbual dengan Wahab disunting – Agus
- ‘Saya bukan Mr H’ – Hakim
- Video Agus-Wahab: Polis siasat identiti ‘Mr H’
- Agus, Wahab akan dipanggil semula beri keterangan
- Agus akan dirakam keterangan di Bukit Aman esok – KPN
- Agus dirakam keterangan petang ini – KPN
- [VIDEO] Mohammad Agus dedah identiti Mr H
- [VIDEO] Wahab gagal dikesan, telefon bimbit dimatikan – KPN