Tumpuan :
Nasional

Vivy, suami hadir beri keterangan di SPRM jam 2.30 petang

KUALA LUMPUR: Pengasas FashionValet Sdn. Bhd., Datin Seri Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar hadir memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sekitar jam 2.30 petang tadi.

Menurut sumber, Vivy dan suaminya hadir bersama peguam untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung kerugian besar pelaburan dalam FashionValet membabitkan dana awam.

Ia susulan laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.

Sehingga kini, tinjauan terkini Buletin TV3 di pintu masuk bangunan SPRM mendapati pasangan suami isteri itu masih belum keluar dari bangunan berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini