comscore
Tumpuan :
Nasional

Vivy keluar bangunan SPRM tanpa Fadzarudin

 

Foto: NSTP

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof meninggalkan perkarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa kelibat suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar pada jam 4 petang tadi.

Datin Vivy dilihat berjalan bersama peguamnya, Shaarvin Raaj Selva Kumar ke kereta sebelum bergerak ke lokasi yang tidak diketahui.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu hadir pada jam 2.34 petang untuk menyambung memberikan keterangan berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Kedua-duanya hadir ke Ibu Pejabat SPRM buat kali ketiga pada hari ini tanpa memberi sebarang reaksi ketika nama mereka dipanggil pihak media.

Semalam SPRM menggeledah kediaman pasangan suami isteri itu di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Media melaporkan, serbuan berkenaan dihadiri 12 pegawai SPRM, yang turut disertai peguam pasangan berkenaan dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.

Sejak siasatan dijalankan menerusi ‘Op Favish’, SPRM telah membekukan kira-kira 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat di bawah seliaan pasangan suami isteri ini bernilai kira-kira RM1.1 juta bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pembekuan akaun tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 200

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini