Oleh: Syafiqah Damanhuri
PUTRAJAYA: Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzruddin Shah Anuar tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi memberikan perincian berhubung siasatan ke atas mereka sejak Selasa.
Kedua-duanya hadir pada jam 2.34 petang dengan menaiki kenderaan jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam.
@buletintv3 Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyambung memberi keterangan berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta. #BuletinTV3 #Fashionvalet #VivyYusof #SPRM #Pelaburan #Khazanah ♬ original sound – BuletinTV3
Bagaimanapun cubaan media untuk mendapatkan reaksi mereka gagal.
Semalam SPRM menggeledah kediaman pasangan suami isteri itu di Mont Kiara, Kuala Lumpur.
Media melaporkan, serbuan berkenaan dihadiri 12 pegawai SPRM, yang turut disertai peguam pasangan berkenaan.
Penggeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pembongkaran terbabit dan berkata, kes disiasat di mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Pasangan terbabit sebelum itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 1 tengah hari semalam untuk memberi keterangan sebelum dibawa ke kediaman mereka pada jam 5.30 petang.
Siasatan membabitkan pasangan terbabit susulan laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.
Vivy dan Fadzaruddin antara sembilan individu yang dirakam percakapan susulan pegawai penyiasat menyerbu empat lokasi termasuk sebuah kementerian, kelmarin.
Malah, pegawai penyiasat SPRM menyerbu pejabat FashionValet yang dikaitkan di Bangsar.
Selain FashionValet, turut diserbu secara serentak adalah Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah dan PNB.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.