comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Vivy, Fadzaruddin selesai beri keterangan jam 4.23 petang

Oleh: Siti Khadijah Jaafar.

PUTRAJAYA: Selepas hampir tiga jam, pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar selesai memberi keterangan berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Proses mengambil keterangan pasangan itu difahamkan selesai kira-kira jam 4.23 petang.

Mereka sepatutnya dijadualkan memberi keterangan pada pukul 10 pagi tadi.

Bagaimanapun kenderaan yang membawa Datin Vivy dan suaminya dilihat memasuki bangunan ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 12.54 tengahari.

Pasangan itu hadir sekali lagi hari ini untuk menyambung rakaman percakapan susulan kerugian pelaburan dana Khazanah Berhad Nasional (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Datin Vivy dan Datuk Fadzaruddin antara enam individu yang dirakam percakapan susulan serbuan SPRM di empat lokasi iaitu pejabat FashionValet, selain Kementerian Kewangan (MoF), Khazanah dan PNB, sebelum ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini