comscore
Tumpuan :
Nasional

Viralcham, Rojaklah capai pertumbuhan memberangsangkan

Oleh Hanis Aliaa Hidzir

PLATFORM media Cina terkemuka REV Media Group (REV), Viralcham dan Rojaklah telah mencapai pertumbuhan luar biasa pada separuh pertama 2023.

Menurut data yang diperoleh daripada Similarweb, kedua-dua platform menunjukkan prestasi luar biasa dalam trafik laman web merentas pelbagai kategori seperti Trafik Terus (Direct Traffic), Trafik Carian (Search Traffic), Trafik Sosial (Social Traffic), Trafik Rujukan (Referral Traffic) dan Trafik Kempen (Campaign Traffic).

Viralcham khususnya, secara konsisten menguasai tempat teratas dalam kalangannya.

Selain itu, pada Jun 2023, kedua-dua platform mengalami pertumbuhan luar biasa dalam paparan halaman (Page Views “PV”) berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Rojaklah melonjak dengan peningkatan menakjubkan sebanyak 88.36 peratus, manakala Viralcham mencatatkan kadar pertumbuhan mengagumkan sebanyak 11.28 peratus.

Selain pertumbuhan trafik yang mengagumkan, Viralcham dan Rojaklah juga telah mencapai kejayaan yang luar biasa dalam pelbagai bidang.

Sebagai contoh, REV memperkaya pengalaman pembaca dengan memperkenalkan kategori “Konsert” khusus untuk peminat Malaysia.

Platform ini bekerjasama dengan lebih 40 penganjur konsert tempatan dan antarabangsa bagi membawakan kandungan berkaitan konsert termasuk promosi konsert, temu bual artis dan video eksklusif kepada pembacanya.

Selain itu, mereka turut memberikan tiket konsert kepada pembaca bertuah serta menawarkan mereka peluang untuk menjadi sebahagian dalam pengalaman bermakna ini.

Dalam separuh pertama tahun ini, REV menjalin perkongsian dengan lebih 100 organisasi dan jenama bagi menyampaikan maklumat dan promosi berharga kepada pembacanya.

Pada masa sama, REV turut memperkenalkan jenama dan produk terlibat kepada pangkalan pembacanya yang luas.

Nombor ini bukan sahaja mencerminkan kuantiti perkongsian REV tetapi juga menggariskan hubungan teguh menerusi perniagaan yang merangkumi pelbagai industri.

Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee berkata REV terus mencipta kandungan berkualiti tinggi dan menarik yang dekat dengan pembaca berbahasa Cina.

“Kami mengharap lebih banyak pertumbuhan dalam segmen ini, bersama-sama dengan rakan-rakan kongsi dan pengiklan yang kami hargai.”

Ketua Kandungan, Rangkaian Cina di REV Media Group, Evelyn Tiong menzahirkan rasa terima kasih kepada pasukan dan rakan kongsi atas kepercayaan serta sokongan mereka yang membolehkan REV mengumpul banyak kelebihan dan menyampaikan kandungan terkemuka.

Tiong menekankan bahawa walaupun REV berdepan pelbagai cabaran pada masa lalu, itulah yang telah menyalakan tekad mereka untuk terus meneroka, berinovasi dan sentiasa melebihi jangkaan.

“Komitmen ini memastikan kami menyampaikan kandungan berkualiti tinggi dan berpengaruh kepada pembaca kami.”

Kejayaan Viralcham dan Rojaklah mencerminkan dedikasi REV yang tidak berbelah bahagi untuk menyampaikan kandungan yang luar biasa dan menjalin hubungan yang bermakna.

REV berharap untuk meneruskan perjalanan kecemerlangan dan inovasi bagi menetapkan penanda aras baharu dalam dunia platform media Cina.

Loading...
Terkini