Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Wanita panik langgar tiga kenderaan

KLANG: Kerana panik, seorang wanita bertindak melanggar tiga kenderaan dalam kejadian di Jalan Padang, di sini, semalam.

Video kejadian itu yang berdurasi 17 saat turut tular di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku jam 7.30 malam.

Beliau berkata wanita terbabit dipercayai tertekan pedal minyak ketika keluar dari kotak parkir lalu melanggar sebuah kereta di hadapannya.

“Dia yang cemas dan terkejut lalu menukar gear dengan mengundur laju kemudian melanggar dua kereta lain yang diparkir di tepi jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Vijaya Rao berkata tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurutnya, semua pihak sudah tampil membuat laporan pada hari sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini