Oleh : Akmaliah Razak
GUA MUSANG: Seramai 15 murid cedera apabila van dinaiki bertembung dengan sebuah lori balak dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di simpang tiga hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, di sini, hari ini.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan di laluan berkenaan, lori balak itu didapati cuba mengelak daripada melanggar sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari simpang.
Van dirempuh lori balak, murid patah paha kanan, pemandu cedera pic.twitter.com/IlsZW25pYc
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) April 10, 2023
Bagaimanapun, pemandunya gagal menghentikan lori ekoran jarak yang terlalu dekat lalu merempuh kereta terbabit dan terbabas ke laluan bertentangan .
Lori itu kemudian merempuh van yang membawa sekumpulan pelajar serta sebuah kenderaan lain.
Difahamkan, van itu membawa murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 2, Gua Musang.
Nahas turut menyebabkan pemandu van tersepit .
Difahamkan terdapat kira-kira 15 murid di dalam van terbabit dan dua daripadanya ditahan di wad untuk rawatan susulan dan 13 lagi hanya cedera ringan.
Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Gua Musang .