Tumpuan :
Nasional

Video tular kelibat harimau bukan di Puncak Alam – PERHILITAN Selangor

Foto tular

KUALA SELANGOR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan maklumat tidak sahih berhubung dakwaan kemunculan harimau di Bandar Puncak Alam, baru-baru ini.

Pengarahnya, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, peringatan itu disuarakan bagi mengelakkan kekeliruan dan ketakutan kepada masyarakat.

“Video haiwan liar yang tular di laman sosial itu sebenarnya berlaku di Kuala Betis, Kelantan.

“Tindakan sudah diambil oleh Perhilitan Kelantan pada 21 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Wan Mohd Adib berkata, orang ramai yang ternampak hidupan liar khususnya harimau dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri.

“Jauhkan diri, pergi ke tempat yang lebih selamat dan melaporkannya kepada pihak Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, tular di Facebook video berdurasi 34 saat memaparkan seorang pemandu merakam pergerakan harimau belang.

Sehingga kini, video itu sudah dikongsi lebih 468 kali.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini