comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Trending’ 2022: World Cup dan Thomas Cup carian tertinggi sukan di Google pada 2022

Sukan tempatan dan antarabangsa kembali mewarnai tahun 2022 pasca Pandemik COVID-19.

Berikut adalah Top 10 carian mengenai sukan menerusi Google dengan didominasi Badminton.

10. Sukan Komanwel 2022

Malaysia bertanding di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England dari 28 Julai hingga 8 Ogos, penampilan ke-14 Malaysia di Sukan Komanwel.

Badminton menjadi carian kaitan tumpuan dan Malaysia memperbaiki kedudukan keseluruhan apabila meraih keseluruhan tujuh pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa.

9. Sukan SEA

Kontinjen Malaysia berjaya melepasi sasaran 36 pingat emas selepas mengumpul 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa sekali gus berada di kedudukan keenam keseluruhan pada sukan SEA edisi 2021 yang berlangsung di Hanoi.

8. Australian Open

Dua kejuaraan Terbuka Australia membabitkan sukan Tenis pada Januari dan Badminton pada November menjadikannya carian kata kunci sukan di tempat kelapan.

Gandingan beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang muncul naib juara Badminton Terbuka Autsralia, pastinya mencuri tumpuan rakyat Malaysia.

7. Indonesia Open

Carian bagi Terbuka Indonesia pula berada di tangga ketujuh.. yang menyaksikan pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen melebarkan status gelaran juara dimilikinya musim ini selepas menewaskan pemain China, Zhao Jun Peng di final.

6. All England

Kejuaraan All England kejuaraan berprestij bagi sukan badminton mendominasi minat carian rakyat Malaysia di tangga ketujuh.

 5. Indian Premier League

Jangan tidak tahun rakyat Malaysia juga berminat mendapatkan perkembangan kejohanan sukan kriket, Indian Premier League 2022 pada Mac hingga Mei dengan kata kunci ipl 2022 live, ipl table 2022 dan ipl live score.

 4. Liga Super

Bagi sukan tempatan carian bagi Liga Super Malaysia 2022 di Google berada di kedudukan keempat.

Musim 2022  Johor Darul Ta’zim (JDT) mempertahankan kejuaraannya.

3. Denmark Open

Satu lagi kejuaraan sukan badminton yang menarik perhatian rakyat Malaysia dalam carian di Google, Terbuka Denmark pada Oktober.

Manakan tidak aksi sengit pada final yang ditampilkan perseorangan lelaki badminton negara, Lee Zii Jia ketika menentang pemain China, Shi Yu Qi meningkatkan adrenalin penonton.

Bagaimanapun Zii Jia muncul naib juara.

2. Thomas Cup

Carian berkaitan Piala Thomas yang berlangsung di Bangkok pada Mei menduduki tangga kedua.

India muncul juara bagi edisi 2022 dan India jugalah yang menyekat Malaysia ke separuh akhir.

1. World Cup (gambar)

Dan pastinya demam Piala Dunia mengungguli carian kata kunci di Google bagi kategori sukan di Malaysia.

Argentina muncul juara Piala Dunia selepas 36 tahun setelah menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti.

Bagi menyingkap kembali peristiwa penting 2022, jangan ketinggalan bagi menyaksikan program IMBASAN 2022 pada Sabtu, 31 Disember, jam 5.30 petang, hanya di TV3.

 

Loading...
Terkini