Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
BATANG KALI: Mayat terakhir tragedi tanah runtuh di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor akhirnya ditemui.
Mayat mangsa dipercayai ditemui di Sektor A kerana usaha pencarian pada hari ini ditumpukan di sektor berkenaan.
Dipercayai jasad terbabit merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.
Trak Polis membawa mangsa meninggalkan kawasan kejadian sekitar jam 5.25 petang dipercayai dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Dengan penemuan mangsa terbabit sekaligus menjadikan jumlah korban akibat tragedi terbabit 31 orang.
Mayat terakhir tragedi tanah ruhtuh di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, akhirnya ditemui.
Trak Polis membawa jasad terbabit meninggalkan kawasan kejadian sekitar jam 5.25 petang dipercayai dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.@BuletinTV3 pic.twitter.com/rMYKlDoa6b
— Hamdi Fahmi (@hamdiNewsMPB) December 24, 2022