comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tok Mat sebak sampaikan pendirian Malaysia terhadap pembunuhan Ismail Haniyeh

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebak ketika menyampaikan pendirian Malaysia terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh semalam.

Ketika memberikan penerangan itu di Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad mahu keadilan diambil ke atas pelaku.

“Semestinya kita menghendakkan supaya pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan Almarhum Ismail Haniyeh dihadapkan ke muka pengadilan.

“Malaysia yakin bahawa pihak berkuasa Republik Islam Iran berupaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh.” Tegasnya.

Persidangan itu juga diminta untuk memberi penghormatan kepada Bekas Perdana Menteri Palestin dengan bertafakur selama satu minit.

“Sebagai menghormati kepergian tokoh Palestin yang tersohor ini, izinkan saya mengusulkan agar Dewan Yang Mulia ini berdiri dan bertafakur seminit untuk menghormati perginya seorang pejuang kemerdekaan yang cintakan bangsa dan tanah airnya.

“Insyallah, dengan segenap ruang dan peluang, dandengan berpandukan lunas undang-undang serta peraturan antarabangsa, Malaysia akan terus tekad menyokong perjuangan rakyat Palestin demi untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan tanahair sendiri.” katanya.

Empat senator memberikan pernyataan selepas penerangan dilakukan Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah, Senator Husin Ismail, Senator Datuk Razali Idris dan Senator Datuk Seri Mujahid Yusof.

Semalam, media melaporkan kematian Haniyeh di Tehran, Iran dengan pihak Hamas mendakwa dilakukan oleh Israel.

Malaysia turut mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail bersama seorang pengawal peribadinya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini