Tumpuan :
Nasional

Ternakan kupang sumber pendapatan tambahan nelayan

PASIR GUDANG: Perairan Selatan Johor menjadi habitat paling sesuai buat kupang atau dikenali sebagai siput sudu membiak sekali gus menjadi punca pendapatan tambahan buat nelayan setempat.

Aktiviti ternakan kupang itu juga menjana ekonomi keluarga 60 nelayan Kampung Pasir Gudang Baru, Pasir Gudang.

Menurut ketua kampung Pasir Gudang Baru, Daud Saad, ia turut menjadi sumber rezeki buat nelayan Orang Asli Seletar yang tinggal di Kuala Masai.

“Beza mmg ketara, kupang di sini adalah lebih sedap, lebih berdaya saing sebab kedudukan air di selatan tanah air lebih sesuai penternakan habitat kupang itu sendiri,” katanya.

Antara kaedah yang digunakan nelayan termasuk mengikat tali pada tong air di mana benih kupang hidup secara semula jadi dengan melekat dan membesar pada tali berkenaan.

Kupang boleh dituai apabila tong air berkenaan tenggelam.

Jelasnya, kupang yang dikutip nelayan kampung tersebut mampu mencecah sehingga dua tan sehari.

Bagi mengembangkan lagi potensi siput sudu, pelbagai rancangan dibuat untuk menjadikannya sebagai produk hiliran melalui bantuan agensi kerajaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini