comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tanah Runtuh: ‘Saya bergegas pulang, memang sebelum runtuhan ada air mengalir’ – Penduduk

Oleh: Fareez Azman

AMPANG: ‘Memang ada air mengalir di lereng bukit setiap kali hujan lebat,’ itu penjelasan salah seorang penduduk, Tajul Ariffin, 69, ketika ditemui Buletin TV3 sebentar tadi.

Jelasnya, beliau menerima panggilan dari isterinya pada jam 9 pagi mengenai kejadian itu.

“Isteri saya telefon saya dia kata ada tanah runtuh, keadaan mungkin membimbangkan.

“Saya terus pulang ambil anak dan ke rumah. Air mengalir tu (di lereng bukit) dah lama dah, kita dah bagitahu MPAJ,” katanya.

Ujar Tajul, perkara itu telah berlaku sejak setahun lalu.

Malah aduan telah dibuat, namun beliau tidak menyangka apa yang difikirkannya benar-benar berlaku.

“Sebab bagi kami, ia boleh mendatangkan bahaya.

“Bila hujan lebat, air mengalir di lereng bukit, dah nak dekat setahun lebih benda ni berlaku,” katanya lagi.

Ketika ini, kesemua penduduk dari 20 buah rumah telah diminta meninggalkan kediaman masing-masing atas faktor keselamatan.

Kesemua mereka ditempatkan di sebuah dewan berhampiran.

Pemerhatian Buletin TV3 mendapati, pihak berkuasa sedang menjalankan pemantauan di lokasi runtuhan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini