CAMERON HIGHLANDS: Mayat mangsa keempat dan kelima dalam kejadian tanah runtuh di kebun sayur di Batu 54, Blue Valley, di sini ditemui pasukan mencari dan menyelamat petang tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highland, Superintenden Azri Ramli mangsa keempat dan kelima itu ditemui pada jam 6.10 dan 6.50 petang.
Mayat mangsa keempat dan kelima dalam kejadian tanah runtuh di kebun sayur di Batu 54, Blue Valley, ditemui pasukan mencari dan menyelamat petang tadi. pic.twitter.com/zNWgIL67ZE
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 27, 2024
“Mayat mangsa keempat ditemui pada jam 6.10 petang dan mayat 5 jam 6.50 kedua-dua mangsa akan dibawa ke Hospital Tanah Rata untuk tindakan selanjutnya.
“Dengan cuaca tidak menentu semua dapat tugas dengan baik, saya akan menutup operasi dalam tempoh terdekat,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Mangsa keempat dikenali sebagai Ki Shin Oni, 56 tahun ditemui di sektor D dengan kedalaman tiga meter.
Manakala mayat kelima dikenali sebagai Om Myu berusia 37 tahun ditemui antara sektor C dan D.
Mengulas lanjut jelasnya, operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua itu membabitkan 220 anggota pelbagai agensi.
Mengenai maklumat kematian kesemua mangsa jelasnya, perkara terbabit telah dimaklumkan Wisma Putra kepada pihak Kedutaan Besar Myanmar di Malaysia.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Tanah runtuh di Cameron Highlands: Seorang maut, 4 lagi tertimbus
- Tanah runtuh Cameron Highlands: Semua mangsa disahkan warga Myanmar
- Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat kedua tertimbus dibawa keluar
- [VIDEO] SAR tanah runtuh diteruskan secara manual
- Tanah runtuh Cameron Highlands: SAR 3 lagi mangsa diteruskan pagi ini
- [VIDEO] Tanah Runtuh Cameron Highlands: Pasukan SAR temui mayat mangsa ketiga
- [VIDEO] Tanah runtuh: ‘Kebun sayur lokasi kejadian beroperasi secara haram, tanpa kelulusan’ – Pegawai Daerah