Oleh: Fareez Azman
CAMERON HIGHLANDS: Kebun sayur lokasi kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, di sini yang mengorbankan tiga nyawa setakat ini, dikenal pasti sebagai kebun haram yang beroperasi tanpa kelulusan.
Perkara itu dimaklumkan Pegawai Daerah Cameron Highlands, Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya Syed Abdul Rahman dalam sidang media di sini hari ini.
Jelasnya, peneroka terbabit merupakan warga tempatan yang pernah dikenakan tindakan sebelum ini atas kesalahan sama.
“Ia merupakan hutan simpan sungai Wi D, pencerobohan itu tiada permit penggunaan hutan. Pada 10 April 2023, (kebun terbabit) telah disita dan laporan polis telah dibuat dan seorang lelaki telah ditahan dan dikenakan denda,” katanya.
Tambahnya, pengusaha berkenaan dipercayai telah menceroboh seluas 10.65 ekar tanah hutan simpan terbabit untuk dijadikan kebun sayur.
“Pemilik yang sama warga tempatan, keluasan kawasan diceroboh seluas 10.65 ekar kebun sayur dan kawasan sekelilingnya. Perkara ini ada dalam perhatian Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah Tanah dan Galian untuk laksanakan kerja-kerja seterusnya,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap peneroka berkenaan mengikut akta setiap kementerian dan agensi terlibat.
Satu lagi mayat mangsa berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat dalam kejadian tanah runtuh di kebun sayur di Batu 54, Blue Valley, pada tengah hari Sabtu. pic.twitter.com/gmhC5FqEvE
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 27, 2024
“Walaupun (peneroka) itu ada permohonan (penggunaan tanah), tetapi masih tiada lagi kelulusan. Jadi ia dikatakan sebagai haram. Peneroka akan terus diambil tindakan dalam akta berlainan dan penggunaan permit tidak sewajarnya. Jabatan berlainan akan gunakan kuasa masing-masing dari sudut penguatkuasaan bersepadu dan total,” tegasnya lagi.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Tanah runtuh di Cameron Highlands: Seorang maut, 4 lagi tertimbus
- Tanah runtuh Cameron Highlands: Semua mangsa disahkan warga Myanmar
- Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat kedua tertimbus dibawa keluar
- [VIDEO] SAR tanah runtuh diteruskan secara manual
- Tanah runtuh Cameron Highlands: SAR 3 lagi mangsa diteruskan pagi ini
- [VIDEO] Tanah Runtuh Cameron Highlands: Pasukan SAR temui mayat mangsa ketiga