Kejadian tanah runtuh yang berlaku di cerun bukit bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Duta, di sini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. pic.twitter.com/DRFQC10Vmu
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) April 25, 2023
Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan
KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di cerun bukit bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Duta, di sini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 2.30 petang tadi.
Katanya, siasatan awal pihak forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati, punca berlakunya tanah runtuh tersebut akibat dari takungan air yang berada di cerun bukit selain terdapat saluran paip yang pecah di dalam tanah.
Keluasan tanah runtuh dianggarkan 12,000 kaki persegi.
“Syukur, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.”
“Seramai 38 orang dari bangunan MACA dan 38 orang lagi dari Bangunan Institut Intergriti Malaysia telah dipindahkan ke tempat yang selamat”
“Sepatutnya, hari ini ada lebih 70 orang peserta kursus di akademi tersebut pulang ke sini selepas cuti beraya. Tetapi mereka telah diberikan arahan untuk tidak balik.” katanya kepada media.
Bagaimanapun, runtuhan yang berlaku menyebabkan beberapa kenderaan milik pekerja di bangunan itu tidak dapat dikeluarkan.
“Runtuhan yang berlaku agak besar sehingga menghalang kenderaan keluar dan masuk dari akademi.”
“Jadi mereka terpaksa keluar mengikut sebuah jalan yang kecil yang menghubungkan kedua-dua bangunan terbabit.”
Terdahulu, berlaku satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku dekat bangunan milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Duta, hari ini.
Kejadian jam 1.54 petang itu menyebakan pondok keselamatan yang diberada di jalan masuk ke bangunan berkenaan turut runtuh.