Oleh: Fareez Azman
AMPANG: Salah seorang saksi kejadian tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati di sini berkongsi detik cemas ketika kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi.
Menurut Shireen Nik Ibrahim, 54, beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas tiba di tempat kerjanya di Damansara.
Jelasnya, anak perempuannya berusia 26 tahun antara saksi ketika runtuhan itu berlaku.
Salah seorang saksi kejadian tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati berkongsi detik cemas ketika kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi. pic.twitter.com/2iVjw8cnak
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 15, 2024
“Anak saya nampak runtuhan masa berlaku, masa tu dia tengah undur kereta dari kawasan rumah sebab nak pergi kerja.
“Masa tu dia nampak pokok yang atas lereng bukit itu dah runtuh. Dia terus keluar kereta, masa tu berlaku runtuhan kedua,” jelasnya ketika ditemui Buletin TV3 sebentar tadi.
Panik dengan kejadian itu, anaknya terus berlari ke rumah jiran berhampiran.
“Terus dia menjerit berlari dalam hujan, dia pergi ke rumah jiran sebelah.
“Lepas tu saya telefon dia tengah menangis, dia masih trauma,” katanya lagi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.