Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Tak suka saya tak apa, tapi jangan sampai nasib arwah Zayn terjejas’ – Shuhaily

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa pihak mendedahkan maklumat dan gambar di media sosial terkait kes Zayn Rayyan Abdul Matiin disifatkan sebagai melampau dan boleh menjejaskan proses keadilan terhadap mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan beliau sentiasa terbuka dengan kritikan yang dilontarkan mana-mana pihak terhadapnya berhubung siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak malang itu, pada Disember tahun lalu.

 

“Medium (media sosial) mengeluarkan itu sememangnya cukup gemar dengan diri saya, seolah olah memanggil saya, soalan saya apakah motifnya untuk didedahkan kepada orang ramai.

“Kes masih dalam siasatan, kalau tak suka saya takpa, jangan sampai merosakkan kes keadilan kepada orang yang terniaya.

“Awak tak suka saya takpa, tapi jangan sampai nasib seorang terniaya itu dijejaskan sebab rasa tidak puas hati awak kepada saya,” jelasnya ketika menjadi tetamu khas siaran Podcast edisi khas Buletin TV3 hari ini.

Mengulas mengenai kritikan warga maya yang mendakwa tindakan polis menahan ibu-bapa mangsa sebagai lambat, ini pula penjelasan Shuhaily.

“Saya diberitahu ada netizen pertikaikan kenapa ambil tindakan tangkap ibunya setelah 6 bulan kes disiasat, kenapa tempoh lama sebagainya.

“Ada yang kata saya tidak berpengalaman dan sebagainya, saya terima. Cuma lagi harus dilihat dalam konteks keterbukaan wujud hari ini, segala tangkapan dibuat harus diteliti.

“Dalam kes adik Zayn Rayyan, seorang ibu kehilangan anaknya, sebelum kita tangkap beliau mempunyai elibi kukuh tidak berada di tempat kejadian pada saat itu.

“Katakanlah saya tangkap ibunya sejurus insiden itu, habis kemudian tiada apa-apa hasil, netizen akan bantai (kritik) balik,” jelasnya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini