Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tahun Baharu Cina: Tarian singa bina keyakinan, potensi diri anak-anak yatim


Oleh: Vinsla Santiran

KUALA LUMPUR: Rumah kebajikan Jing Sun di ibu negara yang telah beroperasi sejak tahun 1998, merupakan rumah kebajikan pertama yang menubuhkan pasukan tarian singa sendiri.

Inisiatif itu bukan sahaja memperkenalkan seni tradisional kepada anak-anak yatim, tetapi juga memberi peluang mengasah bakat dan membina keyakinan diri.

Perbezaan latar belakang tidak menghalang pasukan yang dianggotai 30 anak-anak yatim ini untuk bergerak aktif dalam seni tarian singa.

Tarian ini bukan sahaja memperkukuh semangat perpaduan dan Kerjasama, tetapi mampu menyerlah potensi yang ada antara mereka.

Persatuan Kebajikan Jing Sun, Tan Thin Huat.

Menurut pengusaha Persatuan Kebajikan Jing Sun, Tan Thin Huat, pasukannya kerap membuat persembahan di lokasi terkemuka seperti KLCC dan Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Pada permulaan pasukan ini dilatih daripada pasukan Kuang Sheng Kong dari Muar, jurulatihnya antara yang terkenal kerana memenangi juara dalam kebanyakkan pertandingan,” katanya.

Ahli Tarian Singa Jing Sun, Chan Weng Sum, 15.

Bagi penari, Chan Weng Sum, 15, walaupun berdepan kesukaran untuk menguasai setiap rentak dan langkah pada awal pembabitan, namun lama-kelamaan perasaan itu hilang dengan sendiri.

“Pada permulaan, saya belajar singa, saya rasa letih, selepas dah selalu belajar saya rasa seronok sampai saya tidak berasa letih,” katanya.

Ahli Tarian Singa Jing Sun, Priyaa Magendran

Begitu juga bagi Priyaa Magendran, katanya dia tidak menyangka tarian singa yang diceburi sejak usia lima tahun mampu membentuk keyakinan diri.

“Umur lima saya sudah mula berlatih tarian singa, tetapi saya lebih gemar bermain drum,” ujarnya.

Tarian singa kini antara tradisi yang menjadi kebanggaan dengan penyertaan setiap lapisan masyarakat dan sering dipersembahkan bukan sahaja pada musim perayaan tetapi juga pada program kemasyarakatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini