comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Syukur…. Daniel telah kembali ke pangkuan keluarga

 

KUALA LUMPUR: Muhammad Daniel Haikal, lelaki yang dilaporkan hilang selepas membuat urusan (COD) penjualan telefon bimbit dengan pelanggan sejak 3 Oktober lalu ditemui selamat.

Daniel, 27, telah kembali ke pangkuan keluarganya namun mengalami kesan kecederaan pada badan dan wajahnya.

Terdahulu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya ada menerima laporan polis berhubung kehilangan mangsa di Balai Polis Pantai, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, yang dibuat oleh tunangnya.

“Kes itu kemudian dirujuk ke IPD Klang Selatan (Selangor) selepas mangsa dikesan kali terakhir bertemu pelanggannya di pusat beli-belah GM Klang.

“Polis KL mengesahkan menerima laporan yang dibuat namun siasatan dilakukan oleh pihak IPD Klang Selatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

BH sudah menghubungi Ketua Polis Daerah Klang Selatan, bagi mendapatkan maklum balas berhubung mengenai penemuan mangsa namun masih belum mendapatkan maklumat lanjut.

Berdasarkan info daripada akaun media sosial Instagram, bapa saudara mangsa, Eyraswan Ramadhan, ahli keluarga mangsa berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, yang membantu menyebarkan kisah kehilangan Daniel.

“Alhamdulillah sujud syukur kami kepada Allah SWT telah kembalikan Denial kepada keluarga kami dalam keadaan selamat.

“Walaupun muka dan badannya teruk tetapi dia telah kembali di depan mata kami dalam keadaan selamat,” katanya.

Katanya, ahli keluarga turut berterima kasih kepada PDRM yang membantu namun tidak memperincikan bantuan berkenaan.

“Anak saudara saya masih berada dalam keadaan penat dan trauma serta tidak mampu berkata apa-apa,” katanya.

Loading...
Terkini