@fazreennasir Nasib baik tak lalu bawah tu .. šHospital Serdang
KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) nyaris terjatuh dari tingkat tiga bangunan parkir Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dekat sini, selepas dipercayai terbabas dan merempuh pagar besi serta sebahagian dinding konkrit, tengah hari tadi.
Menerusi beberapa gambar dan rakaman video yang tular di media sosial, kelihatan sebahagian bahagian badan dan tayar hadapan kenderaan jenis Honda WR-V itu sudah terkeluar dari bangunan terbabit.
Kejadian itu menggemparkan segelintir orang ramai yang kebetulan berada berhampiran lokasi terbabit apabila ada yang mendakwa terdengar bunyi detuman kuat.
Sementara itu, sumber memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi berikutan kejadian itu.
Kata sumber, laporan kejadian diterima pada jam 2.25 petang dan pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati pemandu kereta terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun terselamat.
āMangsa (pemandu) selamat dan berjaya keluar dari kenderaan sebelum pihak bomba sampai ke tempat kejadian,ā kata sumber berkenaan.
Ikuti sekarang!Ā WhatsApp ChannelĀ rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.