comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Shah Alam dilanda banjir kilat 

 

SHAH ALAM – Beberapa kawasan sekitar Seksyen 13 di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak pukul 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya, air mula naik antara jam 3.40 sehingga 4.37 petang tadi.

@buletintv3

Banjir kilat dilaporkan tercetus di beberapa kawasan di Shah Alam terutamanya Seksyen 13, akibat hujan lebat berpanjangan. BuletinTV3 BeritaDiTiktok BanjirKilat ShahAlam

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

“Antara kawasan yang dikesan terjejas akibat hujan lebat adalah laluan Bulatan Stadium menghala ke Pangsapuri Acapella; persimpangan lampu isyarat di jalan berhampiran Surau Munawwarah; ;lampu isyarat di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, jalan MSU lama dan kawasan sekitar Pangsapuri Perdana.

“Bagaimanapun, keadaan kini terkawal dan hujan sudah berhenti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, rakaman video beberapa lokasi di Seksyen 13 dinaiki air tersebar di media sosial.

Menerusi satu rakaman, kawasan komersial di situ dinaiki air sehingga hampir menenggelamkan tayar kereta yang diparkir berdekatan sebuah restoran.

Bagaimanapun, laluan berkenaan masih boleh dilalui selepas beberapa orang awam dilihat memandu kereta masing-masing keluar dari kawasan terbabit.

Loading...
Terkini