TUARAN: Penduduk Kampung Mengkabong dan kampung berhampiran di sini gempar apabila seekor buaya hampir tiga meter memasuki halaman rumah mereka malam tadi.
Kejadian itu turut sempat dirakam penduduk dan tular di laman sosial Facebook.
Video itu menunjukkan reptilia ganas itu berada di halaman rumah seorang penduduk hampir empat minit.
Kelibat buaya yang kelihatan masuk halaman rumah penduduk Kampung Mengkabong, Tuaran. pic.twitter.com/rbrNutBotI
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 23, 2023
Kemunculan reptilia ganas itu menarikperhatian orang ramai dengan video berkaitan mendapat 430 tontonan serta mendapat 75 komen netizen yang mengutarkan pelbagai pandangan mengenai kemunculan buaya itu.
Video berdurasi kira-kira empat minit itu dikongsikan pemilik akaun facebook yang menamakan dirinya Kunta Kente Muhammad di laman sosial itu 13 jam lalu.
Kunta Kente menulis keterangan videonya, “di kampung ku Mengkabong, Tuaran, pandai sudah itu buaya menilik rumah orang”.
Pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Faizal Wong, dalam komennya menyarankan penduduk kampung terbabit membuat laporan rasmi kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) supaya perkara itu dapat diambil tindakan.
“Buat aduan atau laporan kepada PERHILITAN,” katanya.
Ruby Ahmad pula meminta penduduk apabila nampak reptilia ganas masuk halaman rumah supaya berhati-hati.”Haiwan itu cukup berbahaya danpenduduk kampung wajar berhati-hati mengelakkan menjadi mangsa serangan buaya,” katanya.
Mai Balindo Delavesta berharap ibu bapa tidak membiarkan anak bermain di halaman rumah, kerana bimbang dengan kehadiran buaya itu.
Difahamkan, selain Mengkabong, kampung berhampiran seperti Timbuk yang beraa berhampiran paya bakau juga sering didatangi reptilia itu untuk mencari makanan.
Awal bulan ini, penduduk di daerah ini gempar dengan kemunculan seekor buaya besar di Sungai Tuaran, berhampiran Jambatan Batangan, di sini.
Kejadian itu juga tular di media sosialmenunjukkan buaya sepanjang hampir lima meter kelihatan sedang rehat di permukaan air sambil membuka mulut.
Beberapa kaki pancing di daerah ini mendakwa kelibat buaya besar itu sering muncul pada permukaan sungai berkenaan ketika mereka memancing.
Bagaimanapun, reptilia itu tidak membahayakan selagi tidak diganggu, kerana kemunculannya hanya untuk rehat.