KOTA TINGGI: Seekor buaya dirakamkan muncul dipermukaan sungai di daerah ini dipercayai dihanyutkan arus akibat banjir.
Video berkenaan dipercayai dirakam di Sedeli dan dimuatnaik dalam sebuah facebook penduduk setempat.
Kemunculan reptilia berkenaan menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat.
Seekor buaya dirakamkan muncul dipermukaan sungai di daerah ini dipercayai dihanyutkan arus akibat banjir. pic.twitter.com/rgAv1CQWDS
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 9, 2024
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitenden Hussin Zamora bagaimana berkata, hingga kini tiada sebarang laporan diterima berhubung kemunculan reptilia itu.
Katanya, pihak polis juga tidak dapat mengesahkan video berkenaan dirakamkan di Kota Tinggi atau tempat lain.
Justeru orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video yang ditularkan berkenaan.