comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rakaman ‘dashcam’ kenderaan paparkan detik pesawat terhempas

SHAH ALAM: Kejadian pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di kawasan perumahan Elmina, berhampiran susur keluar Lebuhraya Guthrie, di sini, petang tadi, sempat dirakam kamera dashcam beberapa kenderaan ketika kejadian.

@buletintv3

Lagi rakaman ‘dashcam’ tunjuk detik-detik cemas saat pesawat persendirian berlepas dari Langkawi ke Subang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan kediaman Elmina, petang tadi. #buletintv3 #beritaditiktok #PesawatTerhempas#Elmina #ShahAlam

♬ Intense – RinkevichMusic

Berdasarkan paparan pada video berkenaan, kejadian itu dirakam pada jam 2.42 petang, yang menunjukkan api marak sebaik pesawat berkenaan terhempas.

Video berkenaan menunjukkan situasi semasa dari bahagian belakang sebuah kenderaan dan satu lagi video dari bahagian depan kenderaan.

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pesawat yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

Loading...
Terkini