Oleh: Shuhadah Marzuki
PETALING JAYA: Puluhan lot kedai di Uptown Kota Damansara, di sini musnah dalam kebakaran pada jam 8.30 malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 8.34 malam berhubung kebakaran tersebut.
Wan Md Razali berkata, sebanyak empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik, BBP Damansara dan BBP Petaling ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan kawasan bangunan gerai-gerai Uptown Kota Damansara Kelas B berkeluasan 70×100 kaki persegi terbakar 90%.
Kebakaran melibatkan kawasan bangunan gerai-gerai Uptown Kota Damansara 70×100 kp terbakar 90% dan juga bangunan Gym 40×60 kp terbakar 50%.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2106 dan tidak melibatkan mangsa.
Kerja-kerja overhaul sedang dilakukan oleh anggota Bomba. pic.twitter.com/4eoLIaN4gJ
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) November 20, 2023
” Sebuah bangunan Gym Kelas B terbakar 50%,” katanya dalam satu kenyataan.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.06 malam dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan.