comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Puas hati jahit sendiri kostum idaman

 

Oleh: Faiz Rais

KUALA LUMPUR: Walaupun tidak mempunyai modal yang tinggi tetapi itu bukan penghalang untuk memiliki kostum adiwira. Ini kerana mereka boleh menjahit kostum mereka sendiri yang sudah pasti lebih murah dan menjimatkan berbanding membeli yang sudah siap.

Bagi peminat Cosplay yang mengamalkan kaedah ini, kostum yang dijahit sendiri boleh direka dengan lebih menarik dan boleh diubah suai mengikut cita rasa sendiri.

Perkara ini diakui peminat adiwira Batman, Muhammad Saifullah Abdul Manaf.

Menurut Muhammad Saifullah, terpulang kepada individu itu sama ada mahu menjahit sendiri atau membeli yang sudah siap.

Namun bagi dirinya, kebanyakan kostum yang dimilikinya adalah hasil tambahan daripada rekaannya sendiri.

“Anggaran untuk membeli kostum boleh mencecah sehingga tujuh ribu ringgit. Terdapat juga kostum yang murah tetapi perlu ditambah rekaannya,” ujarnya lagi.

Seorang lagi peminat adiwira, Haniza Mohamed Zamri berkata hasil daripada menjahit kostum sendiri memberi kepuasan untuk dirinya.

Dia tidak perlu takut jika baju terlalu besar atau longgar kerana ukuran memang ikut badan sendiri berbanding kostum yang sudah siap.

Haniza juga yakin melaluinya dia dapat mengembangkan imiginasinya dan pada masa sama meningkatkan kemahiran dalam bidang jahitan.

Loading...
Terkini