comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM lahir dukacita peristiwa pengeboman di Iran

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan perasaan sedih berikutan kejadian pengeboman yang mengorbankan lebih 100 nyawa di Wilayah Kerman berdekatan Tehran semalam.

“Amat menyedihkan tatkala beberapa bom dilaporkan meledak di Wilayah Kerman berdekatan Iran semalam.”

Malaysia katanya, membantah dan mengecam sebarang keganasan ke atas orang awam lebih-lebih lagi ia berlaku selepas tiga bulan bumi Palestin diserang rejim Zionis dan dengan serangan terbaru di Lubnan.

“Ia telah merenggut hampir seratus nyawa yang tidak berdosa dan telah mencederakan lebih dua ratus yang lain. Malaysia membantah dan mengecam serta mengutuk tegas sebarang bentuk keganasan ke atas mereka yang tidak berdosa.”

“Sudah hampir tiga bulan dunia menyaksikan pembantaian Israel ke atas mereka yang tidak berdosa di Palestin dan yang terbaru di Lubnan dua hari yang lalu.”

Anwar turut mengutuskan ucapan takziah kepada warga Republik Iran dan Malaysia turut berdukacita dan bersolidariti.

“Malaysia mengutus takziah kepada negara sahabat Republik Islam Iran dan warganya, dan Malaysia turut berdukacita dan bersolidariti. Malaysia juga menggesa agar dalang aksi ganas ini diheret ke muka pengadilan.”

“Di tahun baharu ini, Malaysia ingin mengajak dunia untuk ikut membantah budaya ganas dan rakus dan selamatkan kemanusiaan sejagat.” ujarnya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini