Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penumpang MRT tunjukkan semangat perpaduan dan patriotik

KUALA LUMPUR: Video berdurasi 57 saat yang menampilkan sekumpulan rakyat Malaysia mendendangkan lagu Tanggal 31 Ogos nyanyian asal Allahyarham Sudirman di dalam perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) tular, hari ini.

Reaksi  bersahaja mereka mendendangkan lagu patriotik itu sempena Hari Kebangsaan 2023, pantas menarik perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang lelaki menyanyi sambil membawa Jalur Gemilang menambahkan lagi semangat dan rasa cintakan negara.

@deleosem was in an MRT today..suddenly this group of lovely people sing a merdeka song…surprisingly their voice were so harmony 😍 jdi, as a sabahan yg suka mnyanyi, siaa pun mau join jga laa😝😍 #merdeka #malaysian #31ogos #choir ♬ original sound – Darrel Noel

Untuk rekod, video itu telah meraih lebih 300,000 ribu tontonan sejak dikongsi di aplikasi Tiktok oleh @deleosem.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji semangat yang ditonjolkan di dalam video tular itu.

Antara komen yang diberikan ialah rasa bangga sebagai rakyat Malaysia dan kenangan itu hanya akan dirasai setahun sekali terutamanya di bulan kebangsaan.

“Benda macam ini pun aku goosebumps. I love you Malaysians.” kata pemilik akaun Tiktok, @ninibachik.

Terdahulu, lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya hari ini bagi menyaksikan acara sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang melebihi jangkaan awal.

Sekali gus, membuktikan semangat patriotik yang kekal subur dalam kalangan rakyat Malaysia.

Semangat luar biasa itu diterjemahkan rakyat pelbagai usia, bangsa, agama dan latar belakang demi meraikan kemerdekaan negara bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan 2023 iaitu “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.

Loading...
Terkini