comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penemuan rangka: Ujian DNA dijangka selesai dalam masa terdekat


 

BATU PAHAT: Proses ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas rangka manusia yang ditemukan di sebuah rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, disini semalam dijangka selesai dalam masa terdekat.

Buletin TV3 difahamkan proses berkenaan mungkin dipercepatkan kepada kurang seminggu.

Dalam pada itu, lokasi penemuan rangka terbabit mula menjadi tumpuan orang ramai sejak pagi tadi.

Terdahulu, polis mengesahkan menemui rangka manusia yang dikaitkan kepada kes Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, yang hilang lebih sebulan lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, rangka manusia yang ditemui kira-kira pukul 2 petang semalam adalah selepas dipandu salah seorang suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan Bella.

Bella yang juga ibu tunggal dua anak itu dilaporkan hilang selepas keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada jam 11.50 malam pada 14 Disember lalu dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap, untuk mencuci pakaian di kedai dobi.

Kehilangannya hanya disedari pada keesokan hari selepas mesej dan panggilan telefon dihantar kakaknya, Norhisham, 36, tidak dijawab.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini