Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penduduk ‘sakit mata & hati’ tengok keadaan

 

Oleh Faiz Rais

KUALA LUMPUR: Kisah penduduk Flat Taman Ungku Tun Aminah, Johor yang terpaksa tinggal dalam persekitaran kotor dan tidak terurus yang dipaparkan Buletin TV9 semalam, turut dialami oleh penduduk di Selangor dan ibu negara.

Hasil kru Turun Padang mendapati, bukan sahaja tahap kebersihan tidak dijaga, ada pula yang tidak bertanggungjawab meletakkan sampah sarap di bahagian bumbung rumah.

Akibatnya, situasi itu berlarutan hingga ‘menyesakkan’ hidung serta menyakitkan mata.

Ada yang meletakkan sampah-sampah di lorong gelap tanpa sesiapa yang membersihkannya.

Dinding pula dipenuhi dengan contengan yang menyumbang kepada aktiviti vandalisme dan menjejaskan fasiliti yang telah disediakan.

Mat Said Mat Sarip, salah seorang penduduk Flat Taman Ungku Tun Aminah

“Lagi satu buat rumah sini orang atas tak pernah turun sudah tu tengok rumah banyak retak tu.. termasuk rumah aku sendiri retak, Ada tengok rumah pasang salur dari pintu sampai ke tingkap nak kena pasang salur, buat report kasi lobi sebulan jawapan dia kata ini kena naik mahkamah,” kata salah seorang penduduk, Mat Said Mat Sarip.

Menurut penduduk, meskipun mereka ada membayar yuran penyelenggaraan, namun tanggungjawab pihak pengurusan tidak teratur.

Walaupun ada yang menzahirkan ketidakpuasan hati, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Isu sama juga akan berterusan jika tiada yang mahu mengambil endah.

Abdul Rahman, salah seorang penduduk Flat Taman Ungku Tun Aminah.

“Penduduk di sini pun dikenakan caj bukan duduk free berhutang sampai ke mati. Jadi tiap-tiap bulan dorang bayar maintainance.. Jadi duit maintainance tu la untuk membersihkan,” kata Abdul Rahman yang juga penduduk di flat berkenaan.

Justeru, penduduk berharap pihak berkaitan, membuat pemantauan berterusan agar hidup di flat tidak sekadar ‘bagai cacing kepanasan’ sahaja.

Loading...
Terkini