Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pelancong teruja dekorasi Hari Natal di sekitar ibu negara

Oleh: Vinsla Santiran

KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan Hari Natal kian terasa dengan pusat beli-belah utama di ibu negara dipenuhi dengan dekorasi penuh warna-warni.

Pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong asing tidak melepaskan peluang berkongsi kemeriahan perayaan itu.

Tinjauan di beberapa lokasi tumpuan seperti bukit bintang dan sekitar Menara Berkembar KLCC mendapati ia sesak dengan pengunjung yang mengambil kesempatan membuat persiapan akhir, lebih-lebih lagi dengan tawaran promosi hujung tahun.

Rata-rata pelancong yang ditemui berkongsi bahawa suasana krismas di ibu negara lebih meriah dan menarik.

Pelancong dari India, Karthiga, 32 ketika ditemui di sebuah pusat beli-belah di sini berkata, dia teruja untuk menyambut Krismas tahun ini di Malaysia kerana amat berpuas hati dengan pusat beli belah yang dikunjungi penuh dengan dekorasi.

Karthiga,Pelancong dari India

”Saya rasa sangat seronok, saya menghabiskan masa di pusat beli-belah semata-mata untuk melihat hiasan, saya mengambil banyak gambar dan video,” katanya.

Manakala, Akira Wang, 8, pelancong dari Shanghai, China turut berkongsi perasaan bahawa sambutan perayaan Hari Krismas lebih meriah di negara ini berbanding di China.

Cindy, pelancong dari Australia

Dia meluangkan cuti persekolahnya bersama ibu dan datuk di negara ini bagi meraikan Hari Krismas.

“Saya rasa sangat teruja, dan saya tidak sabar untuk menyambut Krismas. Saya rasa ia bagus dan berbeza dan unik di sini berbanding di China,”katanya.

Akira Wang, pelancong dari Shanghai, China

Seorang lagi pelancong dari Australia, Cindy, 28 berkata tawaran promosi di pusat beli belah menjelang Krismas amat menarik.

“Saya rasa sangat murah,dan esok saya ingin membeli belah lagi dan juga hiasan di tempat ini sangat menakjubkan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini