Oleh: Juliana Sharin
PUTRAJAYA: Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak ditutup buat sementara susulan kejadian 131 tahanan melarikan diri dari Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak malam tadi.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata seramai 435 tahanan yang masih berada di depoh berkenaan dipindahkan ke enam pusat tahanan lain.
Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak ditutup buat sementara susulan kejadian 131 tahanan melarikan diri dari Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak malam tadi. pic.twitter.com/H5WaPm2kkt
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 2, 2024
Katanya, enam depoh itu antaranya di Machap, Melaka; Lenggeng, Negeri Sembilan; Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Kemayan, Pahang dan Langkap, Perak.
“Tahanan lain tidak melarikan diri, mereka kekal berada di depoh iaitu seramai 435 orang dan tindakan serta merta, pagi ini, kita memindahkan semua baki tahanan ke enam depoh imigresen kekal di tempat lain,” katanya pada sidang media.
Depoh Tahanan Imigresen Bidor menempatkan 556 tahanan.
Daripada jumlah itu, etnik Rohingya paling ramai iaitu 297 tahanan, diikuti 110 Myanmar, 82 Indonesia, 22 Bangladesh dan lain-lain.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.