comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Op Mahir: Klinik haram warga asing diserbu, dua “doktor” ditahan


Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Dua klinik di ibu negara khusus bagi merawat warga asing diserbu pihak penguatkuasa, siang tadi.

Dua warga Bangladesh yang merawat pesakit ditahan selepas didapati tidak mempunyai pentauliahan sah sebagai doktor.

Op Mahir dilakukan secara bersepadu Jabatan Imigresen bersama Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Dan Putrajaya.

Dalam serbuan pertama, suspek berusia 24 tahun ditahan ketika sedang merawat pesakit yang juga warga asing.

Seorang lagi berlagak doktor warga Bangladesh ditahan dalam serbuan ke atas klinik yang terletak berhampiran.

Siasatan awal mendapati suspek menggunakan premis perkhidmatan pelancongan untuk mengaburi kegiatan haram itu.

Modus operandi perkhidmatan itu adalah pesakit boleh menghubungi mereka bagi mendapatkan rawatan.

Pesakit boleh mendapatkan rawatan secara “walk-in” dengan caj antara RM50 hingga RM80.

Pelbagai ubat-ubatan turut dirampas dipercayai diseludup ke negara ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini