Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ok ke plastik biodegradasi?

Oleh Faiz Rais

KUALA LUMPUR: Sudah bersediakah kita menuju sasaran sifar plastik menjelang tahun 2025?

Apatah lagi penggunaan beg plastik sudah menjadi kebiasaan dan ‘sahabat karib’ kita ketika membeli makanan dan barang keperluan harian.

Dan sudah cukup terdedahkah kita sebagai pengguna akan kebaikan plastik biodegradasi yang mesra alam sekitar atau sekadar melepaskan batuk di tangga?

Antara permulaan untuk kebiasaan sifar beg plastik 2025 nanti adalah dengan beralih kepada penggunaan plastik biodegradasi.

Kelebihan plastik biodegradasi ini senang dilupuskan malah lebih mudah untuk dikitar semula, namun untuk pengetahuan, kos bagi plastik biodegradasi ini agak tinggi berbanding plastik biasa dan kualitinya juga tidak sama.

“Plastik biograde tu dia punya costing lagi tinggi. Yang tu macam contoh ni dalam RM2 ke RM4. Dia double harga sebab plastik ni jadi kita bungkus hari-hari kan sebab customer pun kadang-kadang tak bawak beg sendiri. Jadi kita yang kena sediakan plastik.”

“Pernah tengok pernah pakai tapi plastik biograde dia punya kualiti tu lagi senang koyak nak dibandingkan dengan plastik yang ni, memang saya tak pakai yang tu lah,” kata pengusaha makanan, Muhammad Azeem Ismail.

Pengusaha makanan, Muhammad Azeem Ismail.

Dalam pada itu, orang ramai masih tidak tahu tentang kewujudan plastik biodegradasi ini.

Mereka lebih tertumpu kepada plastik biasa kerana mudah didapati.

“Sebab plastik biasa senang nak beli nak dapat kalau yang tu saya tak tahu sangat plastik yang tu.”

“Plastik ni je mana-mana paling senang cari plastik ni pastu dia murah,” kata peniaga, Muhammad Fairuz Abdul Zhafar.

Peniaga, Muhammad Fairuz Abdul Zhafar.

“Saya memang pakai plastik biasa sebab dia tebal kan lagipun senang dapat, pernah tengok tak plastik biodegradasi, saya tak pernah tengok,” kata pengusaha makanan, Norhayati Othman.

Pengusaha makanan, Norhayati Othman.

Tinjauan kru Buletin TV9 mendapati, rata-rata peniaga dan pengusaha makanan masih lagi menggunakan bungkusan plastik biasa. Bagi mereka, plastik biasa itu sendiri lebih tahan dan tidak mudah koyak berbanding plastik biodegradasi.

Loading...
Terkini