comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nahas Elmina : Polis sahkan hanya 10 mangsa terlibat

 

KLANG: Polis Selangor mengesahkan hanya 10 mangsa terbabit dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Ia selepas proses padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dengan waris lengkap dan selesai dilakukan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, berkata polis bersama pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Jabatan Kimia selesai menjalankan proses bedah siasat dan padanan ujian DNA.

Beliau berkata, pihaknya sudah menerima ujian DNA semua sampel dihantar sebelum ini dan memutuskan mangsa nahas dikenalpasti dan bersedia diserahkan kepada keluarga pada pagi ini.

Katanya, kaedah padanan cap jari, ujian (DNA) dan rekod gigi digunakan dalam mengenal pasti identiti mangsa nahas pesawat terbabit.

“Walaupun kaedah DNA mengambil sedikit masa saya dapati semua proses itu dipermudahkan dan inilah paling cepat dapat dilakukan di mana kita menyelesaikan sehari awal berbanding sepatutnya Isnin ini,” katanya pada sidang media di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, pagi ini.

Pada masa sama, pihaknya sudah merakam keterangan tiga pemilik video kamera papan pemuka (dashcam) yang berada di lokasi nahas Khamis lalu.

“Kita juga meminta saksi lain yang melihat kejadian itu supaya tampil membantu siasatan,” katanya.

Berikut senarai 10 mangsa yang terkorban dalam tragedi Beechcraft terhempas.

Juruterbang pesawat
1. Shahrul Kamal Roslan
2. Heikal Aras Abdul Azim

Penumpang
1. Datuk Seri Johari Harun – EXCO Pahang, ADUN Pelangai
2. Kharil Azwan Jamaludin
3. Shaharul Amir Omar
4. Naim Fawwaz Mohamed Muaidi
5. Muhammad Taufiq Mohd Zaki
6. Idris Abdol Talib Ramali

Orang awam
1. Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, (penunggang penghantar p-hailing)
2. Sharipuddin Shaari, 53, (pemandu grab)

Loading...
Terkini