KLANG: “Polis memanggil ahli keluarga mangsa untuk diambil keterangan.”
Demikian jawapan ringkas Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar yang ditanya mengenai kehadiran waris mangsa nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, yang hadir ke Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, hari ini.
Polis memanggil ahli keluarga mangsa untuk diambil keterangan pic.twitter.com/S8gFdEZKwz
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 19, 2023
Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun turut kelihatan di Jabatan Forensik.
Datin Seri Maziah Samsudin hadir kira-kira jam 11 pagi menaiki sebuah kenderaan sambil diiringi beberapa individu dilihat memasuki bangunan forensik.
Difahamkan, pertemuan diadakan bersama Hussein untuk makluman terkini berkaitan jenazah suaminya.