comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mendapan tanah: Operasi pencarian mangsa kini menggunakan unit skuba JBPM

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Nordin Pauzi.

KUALA LUMPUR: Operasi mencari wanita warganegara India yang hilang dalam kejadian tanah jerlus berhampiran Masjid India diteruskan melibatkan khidmat Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurut Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Nordin Pauzi, selaman dilakukan di dalam ruang kumbahan di lokasi tanah jerlus itu.

“Kita akan teruskan untuk masuk ke dalam ruang kumbahan milik Indah Water Konsortium (IWK), sekarang mereka sedang masuk menggunakan unit skuba JBPM.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)


“Kita terpaksa gunakan khidmat penyelam kerana kedalamannya (ruang kumbahan itu) sedalam 1.5 meter,” katanya.

Jelasnya kaedah itu dilakukan selepas carian awal di sekitar kawasan korekan tidak membawa kepada penemuan mangsa.

“Ruang kumbahan ini kawasan tertutup diperbuat daripada konkrit. Cuma sekarang ada sedikit pecahan di ruang itu memungkinkan air keluar.

“Sekiranya mangsa termasuk ke dalam saluran itu mungkin kita kena berhubung dengan IWK sebab saluran ini berdasarkan aliran graviti.

“Mungkin ia hanya laluan sehala, kita akan berhubung dengan IWK dimana ada terdapat perangkap tertentu di beberapa kawasan. Kita difahamkan saluran ini berakhir di loji di Lembah Pantai,”katanya lagi.

Operasi mencari mangsa kini memasuki 14 jam sejak wanita berusia 48 tahun itu hilang dalam kejadian tanah jerlus di lokasi di sini.

Pemerhatian Buletin TV3 mendapati, kerja-kerja mengorek tanah telah dihentikan sementara pasukan penyelam memasuki ruang kumbahan di lokasi berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini