comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mendapan tanah: Loji IWK Pantai Dalam, lokasi ‘end point’ pencarian mangsa

Oleh: Azwaliza Azman

KUALA LUMPUR: Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam di sini, menjadi lokasi ‘end point’ pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam mencari mangsa wanita warga India yang terjatuh ke lubang sedalam lapan meter akibat mendapan tanah di Jalan Masjid India sejak Jumaat lalu.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang melakukan tinjauan atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, lokasi loji berkenaan terletak tujuh kilometer dari tempat kejadian di Jalan Masjid India.

“Saya telah diberikan sedikit taklimat tentang fungsi loji IWK Pantai Dalam satu dan dua, dengan kedua-dua fasiliti ini menguruskan serta memproses sisa kumbahan bagi 1.8 juta warga di Kuala Lumpur. Saya difahamkan semua sisa kumbahan akan berakhir di sini dan tidak akan dapat melepasi kawasan ini.

“Saya ambil maklum dengan apa yang disampaikan, namun beberapa perincian diserahkan kepada pihak berkuasa untuk berikan taklimat kepada rakan media. Saya lihat dedikasi pasukan SAR terutama dari segi teknikal memang lengkap dan mereka bersungguh dalam operasi pencarian,” katanya.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan gas berbahaya yang terkumpul di dalam tangki najis setinggi 15 meter di Loji IWK Pantai Dalam di sini, menjadi cabaran utama pasukan SAR dalam mencari mangsa.

Ia berikutan terdapat pelbagai jenis gas berbahaya di dalam tangki berkenaan antaranya gas hidrogen sulfida dan gas metana yang bukan sahaja beracun, tetapi juga mudah terbakar.

Hidrogen sulfida ialah gas yang tidak berwarna, beracun, mudah terbakar dan berbau seperti telur busuk serta boleh timbul daripada aktiviti biologi ketika bakteria menguraikan bahan organik dalam keadaan tanpa oksigen (kegiatan anaerobik).

Pada Jumaat lepas, mangsa yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden mendapan tanah di Jalan Masjid India.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini