comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mendapan tanah: Audit Integriti akan dilakukan

 


Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengarahkan audit integriti dilakukan berhubung kejadian mendapan tanah di kawasan Masjid India, ibu negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata siasatan itu merangkumi semua sistem saliran yang berada di kawasan itu.

“Saya akan memanggil juga pihak yang terlibat termasuk DBKL,semua pihak utiliti apa saja utiliti yang ada di bawah tanah ini untuk kita membuat “post mortem”

Beliau berkata demikian selepas membuaf lawatan di kawasan operasi mencari dan menyelamat SAR kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India di sini hari ini.

“Bila selesai SAR ialah untuk kita membuat integriti audit”

“Untuk memastikan untuk masa depan tidak berulang lagi perkara sebegini dan untuk melihat sistem saliran kita supaya berlaku kita tahu di mana punca hendak cari dan sebagainya”

Fadillah turut memaklumkan sehingga ini operasi mencari dan menyelamat hanya melibatkan kepakaran tempatan.

Dalam kejadian jam 8.25 pagi jumaat lalu, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini